Keratan akhbar menunjukkan Nurul Hafizan Mat Razali, 19, masih tinggal di bangsal buruk di Kampung Aring 2, Gua Musang bersama dua anaknya. |
Kerajaan Kelantan pada 18 Mei lalu berjanji mahu
menyiasat laporan mengenai mangsa banjir di negeri ini yang masih
tinggal di dalam khemah.
Kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood itu
untuk menyedapkan hati mangsa dan keluarga atau benar-benar menyelesaikan masalah rakyat?
Soalan ialah bila dan mana hasil siasatan selain apa tindakan segera
akan dilakukan oleh Kerajaan PAS Kelantan membantu mangsa?
Atau kenyataan semata-mata untuk mengurangkan tekanan hasil laporan Ketua Audit Negara 2015 yang didedah baruu-baru ini menyatakan prestasi projek pembinaan rumah kekal untuk mangsa banjir “kurang memuaskan”.
Mesyuarat terakhir kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan
Negara, dipersetujui tiada lagi mangsa banjir tinggal di dalam khemah
memandangkan kerajaan negeri telah menyediakan kawasan penempatan khas kepada
mereka.
Namun, pendedahan oleh Utusan Malaysia hari ini mengenai
masih ada mangsa bah besar Kelantan yang hidup serba daif kerana tidak mampu
membina rumah baru dan hidup di dalam bangsal buruk jelas
Menurut laporan itu, memburukkan keadaan keluarga Nurul
Hafizan Mat Razali, 19, anaknya yang 18 bulan menderita penyakit bengkak hati
sejak berusia dua bulan.
“Kami terpaksa membawa Mohd Haiqal sebulan sekali ke
Hospital Kuala Krai untuk menjalani rawatan susulan,” katanya.
Namun penyakitnya dilaporkan semakin sembuh.
Gaji kecil suami pula, yang bekerja sebagai pengawal
keselamatan di Kuala Lumpur, hanya untuk menampung makan dan minum mereka
sekeluarga.
Bangsal kayu dan zink terpakai, hasil bantuan penduduk
Kampung Aring 2, satu-satunya pilihan mereka untuk terus hidup, kata Nurul
Hafizan.
“Selepas rumah musnah dihanyutkan banjir, kami ada
membuat permohonan bantuan rumah baharu,” katanya, yang mempunyai seorang lagi
anak Fatira Aisya, 5.
“Harapan kami jika mempunyai rumah baharu, kehidupan kami
pasti selesa berbanding bangsal yang serba kekurangan itu.”
Berkahwin seawal usia 14 tahun, ibu muda ini masih
menunggu giliran selepas dua ahli keluarganya, juga mangsa banjir, sudah
tersenarai untuk mendapat rumah baru.
Menurut Abdul Fattah siasatan terdahulu oleh kerajaan
negeri mendapati ada sebilangan mangsa banjir yang enggan berpindah ke kawasan
penempatan sementara di Kem Program Latihan Khidmat Negara dan memilih untuk
tinggal di dalam khemah kerana mengharapkan rumah mereka dapat disiapkan dengan
lebih cepat.
"Yang kedua adalah kerana mereka (mangsa banjir) itu bukan orang yang patut menerima Rumah Kekal Baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim 18 Mei lalu.
"Yang kedua adalah kerana mereka (mangsa banjir) itu bukan orang yang patut menerima Rumah Kekal Baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim 18 Mei lalu.
Laporan Ketua Audit Negara 2015 menyebut, kira-kira 40 peratus, atau 557 daripada 1,395 unit, rumah
itu masih belum siap dibina sehingga 30 Mac lepas, lapor Bernama.
Laporan berkenaan Agensi Pengurusan Bencana Negara itu
menyebut 557 mangsa banjir serta keluarga di lima negeri yang dilanda bencana
alam itu pada akhir 2014 masih menetap di rumah transit, khemah dan sebagainya.
Sementara itu, kerajaan persekutuan dilaporkan membina 13
rumah kekal fasa pertama untuk mangsa banjir di Kampung Aring 2.
Wakil rakyat Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, berkata rumah
itu antara 23 unit yang dibina di kampung itu, sementara baki 10 lagi dibina
dalam fasa kedua.
Pada akhir 2014, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan
Sabah dilanda banjir besar menyebabkan berlaku kehilangan nyawa, kerosakan dan
kehilangan rumah.
Ekoran kejadian itu, kerajaan menetapkan sebanyak 1,395 buah rumah yang musnah sepenuhnya akan diberikan bantuan Rumah Kekal Baharu, manakala 5,544 rumah yang rosak akibat banjir diberi bantuan kerja pembaikan.
Ekoran kejadian itu, kerajaan menetapkan sebanyak 1,395 buah rumah yang musnah sepenuhnya akan diberikan bantuan Rumah Kekal Baharu, manakala 5,544 rumah yang rosak akibat banjir diberi bantuan kerja pembaikan.