Thursday, November 4, 2010

PAS BENARKAN ADUN DAP PERSENDA AYAT SUCI AL-QURAN

Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia pada 6 April tahun lalu (2009) memutuskan tindakan orang bukan Islam yang membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi tujuan kempen politik merupakan cubaan mempersendakan kesucian dan keagungan kitab suci itu.

Pada masa yang sama, semua umat Islam terutama ahli-ahli politik juga dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan kitab suci al-Quran semata-mata demi kepentingan politik.

''Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia hari ini berpandangan, tindakan mana-mana orang bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk tujuan kempen politik adalah cubaan mempersenda kesucian dan keagungan al-Quran,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Persidangan Mufti-mufti Seluruh Malaysia Kali Ke-4 yang membincangkan isu ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya.

Namun, anehnya PAS tetap benarkan Chan Ming Kai (ADUN PKR Simpang Pulai) persenda Ayat Suci Al Quran.

Pada 19 September 2009, Chan Ming Kai bertakbir dan bertahmid dari rumah ke rumah di Kampung Tanjung Simpang Pulai pada malam Hari Raya Puasa pada tahun lepas.

Orang-orang PAS menjemput Chan Ming Kai untuk bersama-sama dalam program dari rumah ke rumah tersebut. Ada orang PAS yang tidak berpuashati dengan tindakan Chan Ming Kai dan mereka memuat naik video tersebut di Youtube.

25 Oktober 2010, Chan Ming Kai sekali lagi mencemarkan kesucian agama Islam bila bertindak membaca dan menafsirkan ayat suci Al Quran dalam pilihan raya kecil Galas.

Chan Ming Kai bertindak demikian dalam satu ceramah di Padang Sivik, Gua Musang. PAS membenarkan sekali lagi ayat suci Al Quran digunakan oleh orang kafir untuk tujuan politik.

Dalam program tersebut, hadir sama adalah Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Namun Nik Amar tidak menegur langsung perbuatan yang dilakukan oleh Chan Ming Kai.

Sama seperti di Bukit Gantang bila Nga Kor Ming mempermainkan ayat suci, PAS menghalalkan dan membenarkan ayat suci digunakan asalkan mereka dapat undi. Tindakan PAS ini menyerlahkan bahawa adalah parti yang tidak mempertahankan kesucian Islam.

No comments: