Persatuan Bolasepak lenatan (KAFA) akan menubuhkan sebuah syarikat anak miliknya bagi menguruskan pasukan The Red Warriors bagi merealisasikan hasrat menjadikan sukan tersebut ditahap lebih profesional.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa menegaskan dengan adanya syarikat itu nanti, ia membolehkan KAFA menumpukan perhatian membangunkan sukan di peringkat negeri yang lain seperti menghidupkan liga di peringkat daerah.
"Kita akan menumpukan kepada Liga Presiden serta boleh memberikan tumpuan menghidupkan persatuan daerah yang kini mati menyebabkan sukan itu di daerah terbabit agak terbantut.
Sementara itu Annuar melahirkan kebimbangan kerana pemain Kelantan untuk beraksi pada musim baru tahun depan agak goyah dan masih tidak mencapai keserasian di kalangan mereka.
"Kita tidak memberikan harapan yang sangat besar kerana keserasian kini belum wujud dan kebimbangan kita berasas apabila sering tewas pada beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini," katanya.
Kelantan pada musim baru akan kehilangan tonggak utama seperti Indra Putra Mahyuddin, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nor Farhan Mohamad dan Hairuddin Omar.
Dua pemain Kelantan yang juga pemain kebangsaan adalah penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Shahrul Idlan Talaha yang membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki 2010.
Sementara itu KAFA bercadang untuk membuka keanggotaan KAFA terhadap peminat seperti yang dilakukan oleh kelab terkemuka di luar negara bagi membantu menaikkan imej persatuan itu.
"Kita akan buka keanggotaan dengan yuran yang paling murah dan dengan ada kad ini (keanggotaan) pelbagai insentif akan diberi selain dapat bersama-sama membangunkan sukan bola sepak di negeri ini," katanya.
No comments:
Post a Comment